Pages

Wednesday, 9 March 2016

PENGENALAN


 Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpah rahmatnya serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan ini kepada pensyarah yang  kami hargai iaitu Pn. Mazlina Bt Omar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa serta rakan-rakan kami yang banyak memberi kami bantuan dan tunjuk ajar untuk menyiapkan blog ini. Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan dan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah lakukan. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.

            Akhirul kalam, kami pelajar dari kelas DTK2A (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah) ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung dan secara tidak langsung dalam pembikinan blog ini.Itu sahaja daripada kami, sekian terima kasih.



Wednesday, 2 March 2016

PROSES KEJADIAN MANUSIA MELALUI AL-QURAN


NUTFAH ( PERINGKAT PERTAMA )

  •  Bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani      
  • Maksud firman Allah dalam surah  al-Insan : 2    
  


             " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami ( hendak mengujinya dengan perintah dan  larangan ), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "   

                                                        al-Ihsan : 2
      

  • Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.    
  •  Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.      
  •  Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.      
      
ALAQAH ( PERINGKAT KEDUA )

  • Peringkat pembentukan alaqah  ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh  telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.      
Firman Allah yang bermaksud di dalam surah Al-Mukminun : 14


"      Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

                                                                   al-Mukminun : 14
                                           
  •  Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah.
  • Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam rahim.      

MUDGHAH ( PERINGKAT KETIGA )

  •  Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah  al-Mukminun ayat 14.     
Firman Allah yang bermaksud : 
     
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
      
al-Mukminun : 14


  •  Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. 
  • Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Jantung bayi pula mula berdengup. 
  • Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.  


 IZAM DAN LAHM ( PERINGKAT KEEMPAT )

  • Pada  peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulangbelulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.      

Firman Allah yang bermaksud :
      
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami  membalutkan Izam dengan daging"
      
al-Mukminun : 14
      
      
  • Kemudian pada minggu ketujuh  terbentuk pula satu sistem yang kompleks. 
  • Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. 
  • Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. 
  • Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. 
  • Kaki dan tangan juga mula tumbuh.
  • Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.     

NASY'AH KHALQAN AKHAR ( PERINGKAT KELIMA) 

  • Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.
  • Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh.
  • Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap   menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. 
  • Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.


  NAFKHUR-RUH ( PERINGKAT KEENAM )


  • Iaitu  peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan  ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya   organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.

>KLIK LINK DISINI< UNTUK VIDEO PROSES KEJADIAN MANUSIA MELALUI AL-QURAN


Sejarah Proses Penciptaan Manusia Dalam Al-Qur’an

PROSES KEJADIAN MANUSIA MELALUI KAJIAN SAINTIFIK




a.     FASA PRE-EMBRIONIK


  • Pada fasa pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembuahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin besar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri sendiri guna membentuk tiga lapisan.

b.     FASA EMBRIONIK


  • Fasa kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini, bayi disebut sebagai ”embrio”. Pada fasa ini organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan-lapisan sel tersebut.

c.      FASA FETUS ATAU JANIN

  • Dimulai dari fasa ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai fetus atau janin. Fasa ini dimulai sejak kehamilan minggu kedelapan hingga masa kelahiran. Ciri khusus fasa ini adalah bahwa fetus atau janin sudah menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya hanya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya sudah jelas. Fasa ini berlangsung kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran. 


  • Informasi mengenai perkembangan bayi dalam rahim ibu, baru didapatkan setelah serangkaian pengamatan dengan peralatan modern. Namun, sebagaimana fakta ilmiah lainnya, informasi ini disampaaikan dalam ayat-ayat al-Qur’an dengan cara yang luar biasa. Fakta bahwa, informasi yang begitu terperinci dan akurat diberikan dalam al-Qur’an pada saat bidang kedokteran masih primitif. Hai ini merupakan bahwa, al-Qur’an bukanlah ucapan manusia, melainkan firman Allah SWT.


>KLIK LINK DISINI< UNTUK VIDEO PROSES KEJADIAN MANUSIA MELALUI KAJIAN SAINTIFIK






Gambar rajah : Proses kejadian manusia menurut Sains 

FAKTA TENTANG KEJADIAN SARANG LABAH LABAH MELALUI AL-QURAN



مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللهِ أَوْلِيَآءَ كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ {41}

 Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah untuk tempat tinggalnya. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui..



  • Dalam al-Qur’an disebutkan “baitul ‘ankabuut” (rumah laba-laba) dan bukan “nusyatul ‘ankabuut” atau sarang laba-laba  (Spider web). Selama ribuan tahun para mufasir (ahli tafsir al-Qur’an) memberi komentar yang serupa, yaitu melihat laba-laba dari kekurangannya, binatang buruk rupa, dan memiliki rumah yang paling lemah, seolah-olah laba-laba tidak memiliki keistimewaan apa-apa atau makhluk yang tidak ada gunanya.


Makna al-wahn dari segi bahasa Arab:
  • Al-wahn bermakna lemah, ia adalah makna yang paling tepat dalam bahasa Arab tanpa sebarang pandangan lain. Maka boleh dimaksudkan kepada semua perkara yang terdapat kelemahan samada pada binaan, kekuatan, pandangan dan keutuhannya. Seperti ucapan Zakakria as:


قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْباً وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيّاً مريم : 4
4. ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan Aku – Wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa Dengan doa permohonanku kepadamu.
  • Al-Farȃhȋdi berkata: “al-wahn: lemah pada amal dan pada semua benda (objek), seperti tulang dan seumpamanya. Umpama kata seorang lelaki yang lemah dalam pemerintahan dan pekerjaan, lemah tulang dan badannya”.


Labah-Labah
  • Gambaran di atas yang menunjukkan bahawa sarang labah-labah adalah tempat tinggal yang paling pincang membuktikan kemukjizatan al-Quran dan ia dari Allah. Al-Quran tidak mengatakan lemah pada bebenang dan sulaman si labah-labah kerana iamempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikannya kukuhsebagaimana yang telah dibahas di bahagian sarang labah-labah. Tetapi al-Quran menyebut sarang labah-labah dan semoga perbezaan kefahaman di antara kelemahannya dan materialnya dikuatkan lagi oleh penggunaan perkataan bait (sarang) bukan khait (sulaman) atau syabakah (rangkaian). Supaya al-Quran sentiasa menggariskan ayat-ayat dan keterangan-keterangan mukjizat yang tidak boleh dibantah oleh lidah-lidah pembantah dan diinsafi akal-akal yang waras.

  • Kebenaran ini tidak diketahui seorang pun pada zaman wahyu diturunkan sehingga selepas kajian mendalam bidang biologi labah-labah yang dijalankan oleh beratus-ratus ulama’ selama berpuluh tahun pada kurun ke-20. Maka benarlah firman Allah, maksudnya: “jika mereka mengetahui (tentang kepincangan sarang labah-labah)”. Tidak hairan lagi jika kita akan menemukan kemukjizatan ilmu pada zaman teknologi kini, tetapi yang menghairankan adalah golongan manusia yang tidak memikirkannya maka mereka mejadi sombong seolah-olah tidak mendengarnya.

>KLIK LINK DISINI< UNTUK VIDEO KEJADIAN SARANG LABAH-LABAH MELALUI AL-QURAN

FAKTA TENTANG KEJADIAN SARANG LABAH-LABAH MELALUI KAJIAN SAINTIFIK


  • Tahukah anda, bahawa peranan yang dimainkan oleh labah-labah tersebut telah menarik perhatian para saintis Barat. Di ketika masyarakat Islam di Malaysia masih lagi saban tahun bercerita tentang kisah labah-labah sebagai penyelamat, para saintis Barat telah membuat kajian terperinci tentang labah-labah.
  • Antara hasil dapatan yang diperolehi ialah air liur labah-labah merupakan suatu elemen yang sangat kuat dalam melindungi sesuatu benda. Setelah dibuat perbandingan didapati bahawa baju daripada air liur labah-labah didapati lebih kuat daripada baju yang dibuat daripada besi keluli. Ini kerana baju yang dibuat daripada air liur labah-labah adalah kalis peluru berbanding besi keluli.
  • Hasil kajian ini, Barat membuat tindakan drastik. Mereka pun membuat projek mega dengan menternak labah-labah secara besar-besaran dan membina kilang memproses air liur labah-labah. Di samping itu kajian ilmiah tentang rahsia labah-labah diteruskan dari semasa ke semasa.
  • Hari ini, negara-negara Barat seperti Britain menggunakan teknologi ini dalam bidang pertahanan. Mereka begitu yakin dengan fungsi labah-labah yang menjadi benteng yang kuat sehinggakan pihak musuh tidak dapat menyerang Nabi dan sahabatnya.
  • Jadi, apakah perbezaan antara cara berfikir masyarakat Islam di Malaysia dan para saintis di Barat? Masyarakat Islam di Malaysia hanya berminat dengan kisah-kisah perjuangan Nabi tetapi rata-ratanya masih lagi kurang berminat untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah tersebut.
  • Para saintis di Barat sangat berminat mengkaji sirah Nabi dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah tersebut. 

>KLIK LINK DISINI< UNTUK VIDEO KEJADIAN SARANG LABAH-LABAH MELALUI KAJIAN SAINTIFIK

Tuesday, 1 March 2016

PROSES KEJADIAN MANUSIA MELALUI HADIS

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ قاَلَ ;حَدَّثَناَ رَسُوْلُ اللّهِ .صلم. وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ ; إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيُجْمَعُ خَلْقُهُ فِيْ بَطْنِ أُمِّه أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً ، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذاَلِكَ ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذاَلِكَ ،  ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِماَتٍ ; رِزْقِه ، وَأَجَلِه ، وَعَمَلِه ، وَهَلْ هُوَ شَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ - الحديث رواه أحمد 
  • “ Dari Ibnu Mas’ud RA, ia berkata : Telah bersabda kepada kami Rasulullah SAW – Beliau  adalah orang yang jujur dan terpercaya - ; “ Sesungguhnya seorang diantara kamu ( setiap kamu ) benar-benar diproses kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berwujud air mani; kemudian berproses lagi selama 40 hari menjadi segumpal darah; lantas berproses lagi selama 40 hari menjadi segumpal daging; kemudian malaikat dikirim kepadanya untuk meniupkan roh kedalamnya; lantas ( sang janin ) itu ditetapkan dalam 4 ketentuan:  1. Ditentukan ( kadar ) rezekinya, 2. Ditentukan batas umurnya, 3. Ditentukan amal perbuatannya, 4. Ditentukan apakah ia tergolong orang celaka ataukah orang yang beruntung “. -  ( HR Ahmad ).

PENJELASAN HADIS :

  •  Hadis tersebut menjelaskan proses kejadian manusia dalam rahim ibunya, yaitu 40 hari pertama berwujud “ Nutfah “ ( air mani laki-laki bersenyawa dengan sel telur perempuan ), 40 hari kedua berproses menjadi “ Alaqah “ ( segumpal darah ), 40 hari ketiga berproses menjadi “ Mudghoh “ ( segumpal daging ).
  •  Hadis tersebut lebih lanjut menjelaskan bahwa saat berwujud nudlghah itulah Allah SWT mengirim malaikat untuk memasangkan roh kepadanya bersamaan dengan ditetapkannya 4 ketentuan sebagaimana telah disebutkan dalam hadis.

KORELASI ANTARA SURAH AL MUKMINUN : 12 – 14 DAN HADIS IBNU MAS’UD


1.      Dalam ilmu usul fiqh dijelaskan bahawa fungsi hadis terhadap Al Quran antara lain ialah mengukuhkan dan memperjelas.

Hadis Ibnu Mas’ud itu mengukuhkan keterangan dalam Surah Al Mukminun : 12 – 14 tentang asal kejadian manusia beserta proses kejadiannya dalam rahim. Selain itu, Hadis Ibnu Mas’ud semakin memperjelaskan bahawa calon manusia dalam rahim di proses sebagai berikut :

a)       “ Nuthfah “ sebagaimana dijelaskan dalam Surah Al Mukminun : 13, maka dalam hadis Ibnu Mas’ud dijelaskan masa persenyawaan air mani lelaki dengan sel telur perempuan selama 40 hari.

b)      “ Alaqah “ sebagaimana disebutkan dalam bahagian pertama Surah al Mukminun : 14, maka dalam hadis Ibnu Mas’ud diperjelaskan masa berprosesnya untuk menjadi “ Mudghah “ selama 40 hari.

c)       ‘ Mudghah “ kemudian “ tulang belulang yang dibungkus dengan daging, otot, dan urat “ sebagaimana disebutkan pada bagian kedua dan ketiga Surah Al Mukminun : 14,maka dalam hadis Ibnu Mas’ud dijelaskan masa berprosesnya untuk menjadi “ janin “ yang lengkap dengan seluruh organ tubuhnya beserta panca inderanya ang belum berfungsi sepenuhnya, demikian itu berlangsung salama 40 hari.

d)      Sudah berwujud “ calon manusia yang tinggal menunggu masa kelahiran yang telah ditentukan “ sebagaimana telah disebutkan pada Surat Al Mukminun : 14, maka dalam hadis Ibnu Mas’ud dijelaskan pemasangan roh pada sang janin yang telah berusia 120 hari dalam rahim, dan sekaligus dijelaskan pula penentuan suratan takdirnya yang meliputi rezekinya, batas umurnya, amal perbuatannya, dan nasibnya kelak di akhirat.

2.      Jika dikaitkan dengan TUGAS HIDUP MANUSIA sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya dibumi, maka tidak perlu dihairankan tentang munculnya . Sejumlah manusia yang benar-benar mampu melaksanakan tugas hidupnya atas dasar ilmu, iman, dan taqwa, sehingga hidup mereka berjaya di dunia dan di akhirat.

BERBEKAM MENURUT HADIS

سُئِلَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ عَنْ كَسْبِ الْحَجَّامِ فَقَالَ احْتَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَجَمَهُ أَبُو طَيْبَةَ فَأَمَرَ لَهُ بِصَاعَيْنِ مِنْ طَعَامٍ وَكَلَّمَ أَهْلَهُ فَوَضَعُوا عَنْهُ مِنْ خَرَاجِهِ وَقَالَ إِنَّ أَفْضَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ أَوْ هُوَ مِنْ أَمْثَلِ دَوَائِكُمْ
Dari Anas bin Malik r.a,(ditanya) mengenai Hijamah, beliau berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah ber-bekam/hijamah dan memrintahkan keluarga beliau dan Rasulullah bersabda: Sebaik-baik pengobatan yang kalian lakukan adalah denganHijamah.Hadit dari Ibnu Abi Umar juga menyebutkan demikian(Shahih Muslim 1577)
عَنْ أَبِي رَجَاءٍ، عَنْ سَمُرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:”أَفْضَلُ مَا تَدَاوَى بِهِ النَّاسُ الْحِجَامَةُ”. المعجم الكبير الطبراني
Dari Abi Raja’, dari Samurah r.a. berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sebaik-baik pengobatan yang manusia lakukan adalah dengan Hijamah. (Mu’jam Kabir – At Thabrani)
عَنْ مُعَاوِيَةَ بن قُرَّةَ، عَنْ مَعْقِلِ بن يَسَارٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:”الْحِجَامَةُ يَوْمَ الثُّلاثَاءِ لِسَبْعَ عَشْرَةَ مِنِ الشَّهْرِ دَوَاءٌ لَدَاءِ سَنَةٍ” معرفة الصحابة لأبي نعيم الأصبهاني(1) الحجامة : نوع من العلاج بتشريط موضع الألم وتسخينه لإخراج الدم الفاسد منه
Dari Muawiyah, dari Ma’ql bin Yassar r.a, berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Hijamah pada hari selasa atau tanggal 17 adalah pengobatan yang disunnahkan(Ma’rifatu Shahabah dan Mu’jam Kabir At Thabrani)
حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا عَوْفٌ وَهَوْذَةُ حَدَّثَنَا عَوْفٌ حَدَّثَنَا شَيْخٌ مِنْ بَكْرِ بْنِ وَائِلٍ فِي مَجْلِسِ قَسَامَةٍ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى سَمُرَةَ وَهُوَ يَحْتَجِمُ فَقَالَسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ مِنْ خَيْرِ دَوَائِكُمْ الْحِجَامَةَ
Sesungguhnya sebaik-baik pengobatan yang kalian lakukan adalah Hijamah(Musnad Ahmad)
عن معقل بن يسار ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « الحجامة يوم الثلاثاء لسبع عشرة من الشهر ، دواء لداء سنة » القول في البيان عن معاني هذه الأخبار إن قال لك قائل : ما أنت قائل في هذه الأخبار التي رويتها لنا عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، من ندبه أمته إلى الحجامة ، وقوله عليه السلام : « ما مررت بملأ من الملأ الأعلى إلا أمروني بالحجامة ، وقالوا : مر أمتك بالحجامة » ، وقوله صلى الله عليه وسلم « احتجموا لخمس عشرة ، وسبع عشرة ، وتسع عشرة ، وإحدى وعشرين »
Dari Muawiyah, dari Ma’ql bin Yassar r.a, berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Hijamah pada hari selasa atau tanggal 17 adalah pengobatan yang disunnahkan. Dijelaskan bahwa diceritakan mengenai Pengobatan dengan Hijamah dan dikatan bahwa : Rasulullah SAW bersabda : “ Aku tidak diperintah oleh Para Malaikat pada Malam Isra kecuali mereka (para Malaikat) itu berkata : Kerjakan Hijamah ya Muhammad .” dan mereka (para Malaikat) itu juga berkata Perintahkan Umatmu ber-hijamah. Rasulullah bersabda: Hendaklah ber-hijamah/ber-bekam pada tanggal 15, 17, 19 dan 21”.(Ma’rifatu Shahabah dan Mu’jam Kabir At Thabrani)
عن ابن عباس ، عن النبي صلى الله عليه وسلم ، قال : « خير يوم تحتجمون فيه سبع عشرة وتسع عشرة وإحدى وعشرين » ، قال : « وما مررت بملأ من الملائكة ليلة أسري بي إلا قالوا : عليك بالحجامة يا محمد » مسند عبد بن حميد
Dari Ibn Abbas r.a, dari Rasulullah bersabda: Sebaik-baik hari untuk Hijamah adalah pada tanggal 17, tanggal 19 dan 21.” Rasulullah SAW bersabda : “ Aku tidak diperintah oleh Para Malaikat pada Malam Isra kecuali mereka (para Malaikat) itu berkata : Kerjakan Hijamah ya Muhammad .”(Musnad Abd bin Hamid)
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ فِي رَأْسِهِ
Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah pernah dihijamah di kepala beliau(Shahih Bukhari – Bab Bekam di Kepala)
MAKSUD BEKAM

  • Bekam ialah perkataan Melayu untuk proses pengeluaran darah kotor (toksin) dari badan melalui permukaan kulit. Bahasa Arab pula ialah Al-Hijamah yaitu membuang darah kotor dengan tujuan membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh. Inilah salah satu cara DETOKSIFIKASI yang berkean serta selamat dengan tiada kesan sampingan. Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh karena itu banyak toksik berkumpul disitu.

  • Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.


PERALATAN BEKAM

  • Pada zaman Rasulullah , beliau menggunakan kaca yang berupa cawan atau mangkuk tinggi. Pada zaman China kuno mereka menyebut bekam sebagai “PERAWATAN TANDUK” kerana tanduk menggantikan kaca.



WAKTU BERBEKAM YANG BAIK

  • Ibnu Sina dalam kitab beliau menyebutkan tentang waktu yang paling baik untuk berbekam ialah pada waktu tengah hari (Pukul 14 atau 15) karena pada waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah-darah toksid sedang dikeluarkan. Jadi mengikuti prinsip yang sama kita boleh menguapkan pesakit selama ½ jam, istirahat selama 15 menit dan mulai dibekam. Diriwayatkan oleh Abu Hurairoh r.a Nabi Saw bersabda :

  • “Barang siapa berbekam pada 17, 19 dan 21 hari bulan Hijriyah maka itu adalah hari hari yang menyembuhkan penyakit.”
  • Bagi Pesakit yang memerlukan perawatan segera, sebagai seorang perawat kita mesti menolong segala upaya dengan ilmu yang telah Allah anugerahkan pada kita. Berilah sentuhan-sentuhan Ilahiah serta memohon pada-Nya, kerana berbekam seperti juga memakan ubat hanyalah salah satu kaedah pengubatan sedangkan yang menyembuhkan adalah ALLAH, tapi kerana berbekam adalah Sunnah Rasullah SAW maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya.

>KLIK LINK DISINI< UNTUK VIDEO BERBEKAM MENURUT HADIS




BERBEKAM MENURUT KAJIAN SAINTIFIK



  • Ilmu pengubatan hijamah/bekam warisan nabi ini ternyata dalam dunia perubatan barat sudah lebih popular dibandingkan masyarakat muslim dan lebih dikenali sebagai cupping atau istilah yang semakna dengannya. Buku “The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy In Cupping Therapeutic Method” yang di tulis oleh Kohler D (1990) menjelaskan betapa jaringan-jaringan penghubung di dalam tubuh manusia merupakan media fizik untuk menghantar suatu energi. Apabila terjadi gangguan dalam jaringan tersebut, maka metabolisme tubuh menjadi tidak seimbang dan tubuh akan merasa tidak nyaman. Bekam merupakan salah satu cara untuk mendapat kesembuhan.


  • Tim Handley of the BBC ‘had conventional acupuncture and cupping therapy for a painful shoulder. He told BBC News Online: “I had four treatments and it really knocked it on the head. It was brilliant. After the first time I had it I felt absolutely fantastic. The difference was so tangible. It was wonderful.” ‘

  • Sebagai alternatif pengubatan, bekam merupakan kaedah yang paling tepat ketika dunia perubatan moden tidak mampu mengatasinya. Tanpa teknologi canggih, pembekaman pada satu poin di antara poin-poin istimewa di sekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Sebuah buku juga telah ditulis oleh Thomas W. Anderson (1985) yang berjudul “100 Diseases Treated by Cupping Method”, yang ternyata sesuai dengan hadith Nabi disekitar 600M yang diriwayatkan oleh At-Thobrani.



PERALATAN BERBEKAM



  • Ada yang menggunakan buluh untuk berbekam, tapi ini semua memerlukan api untuk menguapkan bekas-bekas tadi untuk mendapat vakum. Hari ini peralatan yang digunakan sesuai dengan perubahan zaman berteknologi tinggi dan diakui oleh para doktor di hospital. Teknik-teknik menjaga kebersihan alat, tempat dan pesakit serta perawat mesti dipatuhi.
Peralatan yang diperlukan dalam proses berbekam adalah :

1. Cupping Set (Gelas Vakum) dan pump tangan
2. (Jarum-jarum kecil atau lancing device) atau Pisau Bedah
3. Stethoscope dan Tensimeter
4. Glukometer dan Termometer
5. Sarung Tangan (rubber gloves) dan Masker
6. Gunting dan Pisau Cukur
7. Tisu kertas yang bersih atau Kapas (steril cotton)
8. Cairan Antiseptic (minyak zaitun, but-but, alkohol/surgical spirit)
9. Plastik untuk membuang sampah.



JENIS-JENIS BEKAM



Ada 2 jenis bekam yang digunakan.


1. Jenis Basah (Wet Cupping) atau Bekam Darah. Disini permukaan kulit dilukakan menggunakan lancet (jarum tajam) kemudian disekitarnya disedut untuk mengeluarkan sisa-sisa toksik dari badan. Setiap sedutan dibiarkan selama 3 - 5 minit, kemudian dibuang kotorannya. Banyak sedutan tidak lebih dari 8 kali. Darah toksik kelihatan hitam pekat dan berketul serta berbuih atau berkaca. Jarak masa utuk mengulangi bekam ditempat yang sama ialah 3 - 5 minggu. Bekas luka akan hilang dalam masa 2 - 3 hari jika diurut dengan minyak But-But dan tempatnya tidak terkena air selama 3 jam setelah berbekam.


2. Jenis Kering (Dry Cupping) atau Bekam Angin. Kesannya sama baik untuk melegakan kesakitan secara tiba tiba tanpa melukakan kulit. Ia amat baik bagi pesakit yang tidak tahan sakit (terkena tusuk) dan tidak boleh melihat darah. Bekam jenis ini akan kelihatan lebam selama 1 atau 2 minggu. Bekam ini sedutannya hanya sekali dan dibiarkan selama 15 - 20 minit. Pemberian minyak But-But pada bekam ini juga untuk menghilangkan kesan lebam lebih cepat. 


ORANG YANG TIDAK BOLEH DIBEKAM

Orang yang tidak boleh dibekam :

1. Orang tua yang sakit parah dan kurang upaya.
2. Pada kulit-kulit yang berkudis dan berpenyakit.
3. Pada perut mereka yang baru habis makan (makanan berat).
4. Wanita yang sedang hamil.
5. Pesakit dengan tekanan darah rendah / kurang darah.
6. Orang yang terlalu lapar.
7. Wanita yang selepas melahirkan anak.
8. Wanita yang sedang haid.
9. Orang yang sakit gemetaran di wajah dan kakinya.
10. Orang yang lemah hati dan perutnya.
11. Orang yang radang usus.


>KLIK LINK DISINI< UNTUK VIDEO BERBEKAM MENURUT KAJIAN SAINTIFIK


Copyright @ 2013 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.