Pages

Tuesday, 1 March 2016

Filled Under:

BERBEKAM MENURUT KAJIAN SAINTIFIK



  • Ilmu pengubatan hijamah/bekam warisan nabi ini ternyata dalam dunia perubatan barat sudah lebih popular dibandingkan masyarakat muslim dan lebih dikenali sebagai cupping atau istilah yang semakna dengannya. Buku “The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy In Cupping Therapeutic Method” yang di tulis oleh Kohler D (1990) menjelaskan betapa jaringan-jaringan penghubung di dalam tubuh manusia merupakan media fizik untuk menghantar suatu energi. Apabila terjadi gangguan dalam jaringan tersebut, maka metabolisme tubuh menjadi tidak seimbang dan tubuh akan merasa tidak nyaman. Bekam merupakan salah satu cara untuk mendapat kesembuhan.


  • Tim Handley of the BBC ‘had conventional acupuncture and cupping therapy for a painful shoulder. He told BBC News Online: “I had four treatments and it really knocked it on the head. It was brilliant. After the first time I had it I felt absolutely fantastic. The difference was so tangible. It was wonderful.” ‘

  • Sebagai alternatif pengubatan, bekam merupakan kaedah yang paling tepat ketika dunia perubatan moden tidak mampu mengatasinya. Tanpa teknologi canggih, pembekaman pada satu poin di antara poin-poin istimewa di sekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Sebuah buku juga telah ditulis oleh Thomas W. Anderson (1985) yang berjudul “100 Diseases Treated by Cupping Method”, yang ternyata sesuai dengan hadith Nabi disekitar 600M yang diriwayatkan oleh At-Thobrani.



PERALATAN BERBEKAM



  • Ada yang menggunakan buluh untuk berbekam, tapi ini semua memerlukan api untuk menguapkan bekas-bekas tadi untuk mendapat vakum. Hari ini peralatan yang digunakan sesuai dengan perubahan zaman berteknologi tinggi dan diakui oleh para doktor di hospital. Teknik-teknik menjaga kebersihan alat, tempat dan pesakit serta perawat mesti dipatuhi.
Peralatan yang diperlukan dalam proses berbekam adalah :

1. Cupping Set (Gelas Vakum) dan pump tangan
2. (Jarum-jarum kecil atau lancing device) atau Pisau Bedah
3. Stethoscope dan Tensimeter
4. Glukometer dan Termometer
5. Sarung Tangan (rubber gloves) dan Masker
6. Gunting dan Pisau Cukur
7. Tisu kertas yang bersih atau Kapas (steril cotton)
8. Cairan Antiseptic (minyak zaitun, but-but, alkohol/surgical spirit)
9. Plastik untuk membuang sampah.



JENIS-JENIS BEKAM



Ada 2 jenis bekam yang digunakan.


1. Jenis Basah (Wet Cupping) atau Bekam Darah. Disini permukaan kulit dilukakan menggunakan lancet (jarum tajam) kemudian disekitarnya disedut untuk mengeluarkan sisa-sisa toksik dari badan. Setiap sedutan dibiarkan selama 3 - 5 minit, kemudian dibuang kotorannya. Banyak sedutan tidak lebih dari 8 kali. Darah toksik kelihatan hitam pekat dan berketul serta berbuih atau berkaca. Jarak masa utuk mengulangi bekam ditempat yang sama ialah 3 - 5 minggu. Bekas luka akan hilang dalam masa 2 - 3 hari jika diurut dengan minyak But-But dan tempatnya tidak terkena air selama 3 jam setelah berbekam.


2. Jenis Kering (Dry Cupping) atau Bekam Angin. Kesannya sama baik untuk melegakan kesakitan secara tiba tiba tanpa melukakan kulit. Ia amat baik bagi pesakit yang tidak tahan sakit (terkena tusuk) dan tidak boleh melihat darah. Bekam jenis ini akan kelihatan lebam selama 1 atau 2 minggu. Bekam ini sedutannya hanya sekali dan dibiarkan selama 15 - 20 minit. Pemberian minyak But-But pada bekam ini juga untuk menghilangkan kesan lebam lebih cepat. 


ORANG YANG TIDAK BOLEH DIBEKAM

Orang yang tidak boleh dibekam :

1. Orang tua yang sakit parah dan kurang upaya.
2. Pada kulit-kulit yang berkudis dan berpenyakit.
3. Pada perut mereka yang baru habis makan (makanan berat).
4. Wanita yang sedang hamil.
5. Pesakit dengan tekanan darah rendah / kurang darah.
6. Orang yang terlalu lapar.
7. Wanita yang selepas melahirkan anak.
8. Wanita yang sedang haid.
9. Orang yang sakit gemetaran di wajah dan kakinya.
10. Orang yang lemah hati dan perutnya.
11. Orang yang radang usus.


>KLIK LINK DISINI< UNTUK VIDEO BERBEKAM MENURUT KAJIAN SAINTIFIK


0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.