- “ Dari Ibnu Mas’ud RA, ia berkata : Telah bersabda kepada kami Rasulullah SAW – Beliau adalah orang yang jujur dan terpercaya - ; “ Sesungguhnya seorang diantara kamu ( setiap kamu ) benar-benar diproses kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berwujud air mani; kemudian berproses lagi selama 40 hari menjadi segumpal darah; lantas berproses lagi selama 40 hari menjadi segumpal daging; kemudian malaikat dikirim kepadanya untuk meniupkan roh kedalamnya; lantas ( sang janin ) itu ditetapkan dalam 4 ketentuan: 1. Ditentukan ( kadar ) rezekinya, 2. Ditentukan batas umurnya, 3. Ditentukan amal perbuatannya, 4. Ditentukan apakah ia tergolong orang celaka ataukah orang yang beruntung “. - ( HR Ahmad ).
PENJELASAN HADIS :
- Hadis tersebut menjelaskan proses kejadian manusia dalam rahim ibunya, yaitu 40 hari pertama berwujud “ Nutfah “ ( air mani laki-laki bersenyawa dengan sel telur perempuan ), 40 hari kedua berproses menjadi “ Alaqah “ ( segumpal darah ), 40 hari ketiga berproses menjadi “ Mudghoh “ ( segumpal daging ).
- Hadis tersebut lebih lanjut menjelaskan bahwa saat berwujud nudlghah itulah Allah SWT mengirim malaikat untuk memasangkan roh kepadanya bersamaan dengan ditetapkannya 4 ketentuan sebagaimana telah disebutkan dalam hadis.
KORELASI ANTARA SURAH AL MUKMINUN : 12 – 14 DAN HADIS IBNU MAS’UD
1. Dalam ilmu usul fiqh dijelaskan bahawa fungsi hadis terhadap Al Quran antara lain ialah mengukuhkan dan memperjelas.
Hadis Ibnu Mas’ud itu mengukuhkan keterangan dalam Surah Al Mukminun : 12 – 14 tentang asal kejadian manusia beserta proses kejadiannya dalam rahim. Selain itu, Hadis Ibnu Mas’ud semakin memperjelaskan bahawa calon manusia dalam rahim di proses sebagai berikut :
a) “ Nuthfah “ sebagaimana dijelaskan dalam Surah Al Mukminun : 13, maka dalam hadis Ibnu Mas’ud dijelaskan masa persenyawaan air mani lelaki dengan sel telur perempuan selama 40 hari.
b) “ Alaqah “ sebagaimana disebutkan dalam bahagian pertama Surah al Mukminun : 14, maka dalam hadis Ibnu Mas’ud diperjelaskan masa berprosesnya untuk menjadi “ Mudghah “ selama 40 hari.
c) ‘ Mudghah “ kemudian “ tulang belulang yang dibungkus dengan daging, otot, dan urat “ sebagaimana disebutkan pada bagian kedua dan ketiga Surah Al Mukminun : 14,maka dalam hadis Ibnu Mas’ud dijelaskan masa berprosesnya untuk menjadi “ janin “ yang lengkap dengan seluruh organ tubuhnya beserta panca inderanya ang belum berfungsi sepenuhnya, demikian itu berlangsung salama 40 hari.
d) Sudah berwujud “ calon manusia yang tinggal menunggu masa kelahiran yang telah ditentukan “ sebagaimana telah disebutkan pada Surat Al Mukminun : 14, maka dalam hadis Ibnu Mas’ud dijelaskan pemasangan roh pada sang janin yang telah berusia 120 hari dalam rahim, dan sekaligus dijelaskan pula penentuan suratan takdirnya yang meliputi rezekinya, batas umurnya, amal perbuatannya, dan nasibnya kelak di akhirat.
2. Jika dikaitkan dengan TUGAS HIDUP MANUSIA sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya dibumi, maka tidak perlu dihairankan tentang munculnya . Sejumlah manusia yang benar-benar mampu melaksanakan tugas hidupnya atas dasar ilmu, iman, dan taqwa, sehingga hidup mereka berjaya di dunia dan di akhirat.


0 comments:
Post a Comment