Pages

Wednesday, 2 March 2016

Filled Under:

PROSES KEJADIAN MANUSIA MELALUI AL-QURAN


NUTFAH ( PERINGKAT PERTAMA )

  •  Bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani      
  • Maksud firman Allah dalam surah  al-Insan : 2    
  


             " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami ( hendak mengujinya dengan perintah dan  larangan ), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "   

                                                        al-Ihsan : 2
      

  • Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.    
  •  Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.      
  •  Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.      
      
ALAQAH ( PERINGKAT KEDUA )

  • Peringkat pembentukan alaqah  ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh  telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.      
Firman Allah yang bermaksud di dalam surah Al-Mukminun : 14


"      Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

                                                                   al-Mukminun : 14
                                           
  •  Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah.
  • Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam rahim.      

MUDGHAH ( PERINGKAT KETIGA )

  •  Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah  al-Mukminun ayat 14.     
Firman Allah yang bermaksud : 
     
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
      
al-Mukminun : 14


  •  Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. 
  • Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Jantung bayi pula mula berdengup. 
  • Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.  


 IZAM DAN LAHM ( PERINGKAT KEEMPAT )

  • Pada  peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulangbelulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.      

Firman Allah yang bermaksud :
      
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami  membalutkan Izam dengan daging"
      
al-Mukminun : 14
      
      
  • Kemudian pada minggu ketujuh  terbentuk pula satu sistem yang kompleks. 
  • Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. 
  • Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. 
  • Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. 
  • Kaki dan tangan juga mula tumbuh.
  • Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.     

NASY'AH KHALQAN AKHAR ( PERINGKAT KELIMA) 

  • Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.
  • Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh.
  • Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap   menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. 
  • Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.


  NAFKHUR-RUH ( PERINGKAT KEENAM )


  • Iaitu  peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan  ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya   organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.

>KLIK LINK DISINI< UNTUK VIDEO PROSES KEJADIAN MANUSIA MELALUI AL-QURAN


Sejarah Proses Penciptaan Manusia Dalam Al-Qur’an

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.